Cinta berpijak pada perasaan sekaligus akal yang sihat. Itu adalah Konsep
pertama yang dibentangkan oleh Bowman (seorang pengkaji cinta) kerana manusia
jatuh cinta dengan menggunakan perasaan belaka. Memang benar kita jatuh cinta
dengan hati, tetapi agar tidak menimbulkan kekacauan dikemudian hari, kita di
haruskan juga untuk menggunakan akal yang sihat.
Sangat berbohong kalau antara kita semua boleh jatuh cinta dengan begitu
sahaja tampa boleh mengelak. Yang sesungguhnya terjadi adalah, proses jatuh
cinta yang dipengaruhi tradisi, kebiasaan, standard, gagasan dan idealisme dari
kelompok dari mana kita berasal. Sangat berbohong pula kalau kita merasa boleh
berbuat apa sahaja pada saat jatuh cinta, dan tidak boleh diminta
pertanggungjawapan bila perbuatan-perbuatan implusif itu berakibat buruk suatu
ketika nanti.
Kehilangan perspektif bukanlah petanda kita telah jatuh cinta, melaikan
signal kebodohan. Cinta memerlukan proses yang panjang! Bowman juga menolak
anggapan cinta boleh berasal dari pandangan pertama'. Cinta itu tumbuh dan
berkembang dan merupakan emosi yang kompleks, katanya. Untuk tumbuh dan
berkembang, cinta memerlukan waktu. Jadi memang tidak mungkin kita mencintai
seseorang yang tidak kita ketahui asal-usulnya dengan begitu sahaja.
Cinta tidak pernah menyerang tiba-tiba, tidak juga jatuh dari langit. Cinta
datang hanya ketika dua individu telah berhasil melakukan orientasi secara
berulang-ulang terhadap hidup dan memutuskan untuk memilih orang lain sebagai
titik fokus yang baru. Yang mungkin terjadi dalam fenomena, cinta pada pandangan
pertama adalah pasangan yang telah diserang perasaan saling tertarik yang sangat
kuat, bahkan sampai tergila-gila. Kemudian perasaan komplusif itu berkembang
menjadi cinta.
Dalam kes, cinta pada pandangan pertama, sebenarnya ramai orang tidak begitu
benar-benar mencintai pasanganya, melainkan jatuh cinta pada konsep cinta itu
sendiri. Sebaliknya dengan orang yang benar-benar mencintai. Mereka mencintai
pasangan sebagai personaliti yang kukuh.
Cinta itu tidak menguasai dan juga tidak mengalah, tetapi saling berbahagi
rasa dan perasaan. Bukan cinta namanya apabila kita mempunyai kehendak mengawal
pasangan. Juga bukan cinta bila kita bersedia mengalah demi kepuasan kekasih
sahaja tampa memikirkan kepuasan diri sendiri juga. Orang yang saling mencintai
tidak menganggap kekasihnya sebagai atasan atau bawahanya. Tetapi sebagai
pasangan untuk saling berbahagi rasa dan perasaan, juga untuk mengidentifikasi
diri.
Bila kita mempunyai rasa keinginan menguasai kekasih (membuat sempadan pada
pergaulanya, melarangnya melakukan aktiviti positif, mengawal selera cara dia
perpakaian) atau melulu mengalah (tidak menunjukan lansung sikap protes bila
kekasih berbuat buruk, tidak keberatan apabila telah dibandingkan dengan orang
lain), bermakna kita belum bersedia memberi dan menerima cinta.
Cinta itu konstruktif. Individu yang mencintai akan melakukan hal apa sahaja
sebaik-baiknya demi kepentingan sendiri sekaligus demi (kebanggaan) pasanganya.
Dia berani mempunyai niat dan cita-cita, bermimpi konstruktif dan merancang masa
depan. Namun sebaliknya pada yang jatuh cinta yang implusif.
Bukan hanya berfikir dan bertindak konstruktif, dia akan kehilangan ambisi,
nafsu makan, dan minat terhadap masalah setiap hari. Yang difikirkan hanya
kesengsaraan peribadinya. Impianya pun tidak mungkin akan tercapai. Bahkan
impian itu boleh menjadi subsitusi kenyataan.
Cinta tidak melenyapkan semua masalah. Bagi penganut fahaman romatisme,
mereka percaya cinta mampu mengatasi masalah. Seakan-akan cinta itu ubat bagi
segala penyakit. Kemiskinan dan banyak masalah diyakini boleh diatasi dengan
hanya berbekalan cinta belaka. Faktanya cinta tidaklah seajaib itu. Cinta hanya
boleh membuat pasangan kekasih berani menghadapi masalah. Permasalahan seberat
apapun mungkin akan cuba direntasi dengan jerih agar masalah tersebut dapat
diatasi atau menemukan jalan keluar dari masalah tersebut.
Orang yang sedang mabuk kepayang bermakna tidak benar-benar mencintai, malah
cenderung membutakan mata semasa sedang menghadapi masalah. Malah dengan
tiba-tiba bertindak dengan akal sihatnya untuk mengetepikan masalah. Cinta akan
cenderung mudur ke belakang. Ya, cinta itu bergerak kebelakang. Maka dengan itu
kita patut curiga bila grafik perasaan kita pada kekasih turun-naik sehingga
tidak konsisten.
Pada saat berjauhan, kita merasakan kekasih lebih hebat berbanding pada
ketika bersama, itu petanda kita mengidealisasikanya, bukan melihatnya secara
realistik. Lantas pada saat kekasih kembali bersama, kita memandang kekasih
dengan lebih kritikal dan hilanglah segala bayangan hebat itu tadi. Sebaliknya
berhati-hatilah bila kita merasa kekasih hebat pada masa kita berdekatan
denganya dan tidak merasakan hal yang sama pada masa berjauhan. Hal demikian
menandakan kita hanya terpesona oleh daya tarikannya secara fizikal. Cinta akan
dikira sihat apabila pada masa dekat dan jauh dari pasangan, kita menyukainya
dalam kiraan setara.
Cinta tidak hanya tertumpu pada daya tarikan fizikal. Dalam hubungan cinta,
daya tarik fizikal sebenarnya juga penting. Tetapi bahaya bila kita menyukai
kekasih hanya sebatas fizikalnya sahaja dan membencinya apabila fizikalnya
berubah atau membencinya tentang faktor yang lain selain fizikalnya.
Semasa jatuh cinta, kita menikmati dan memberi makna penting bagi setiap
sense fizikal. Sense fizikal itu hanya terasa menyenangkan bila kita dan
pasangan saling menyukai personaliti masing-masing. Maka bukan cinta namanya,
melainkan nafsu semata apabila kita menganggap sense fizikal hanya memberi
sensansi menyenangkan tampa makna apa-apa. Dalam cinta, efeksi akan wujud
kemudian pada saat hubungan semakin dalam. Sedangkan nafsu menuntut kepuasan
fizikal sedari permulaanya.
Cinta tidak buta. Tapi menerima cinta itu yang buta? Tidak sama sekali. Orang
yang mencintai melihat dan menyedari sisi buruk kekasihnya. Kerana besarnya
cinta dia berusaha menerimanya dalam kedaan apapun. Tentu ada keinginan agar
sisi buruk itu akan berubah menjadi baik. Itu kerana besarnya cinta dia cuba
untuk memperbaki sisi buruk tersebut. Namun keinginan itu haruslah didasari
perhatian dan maksud yang baik. Tidak boleh ada kritikan yang kasar, menolak
bulat-bulat, geram dan marah atau merasa jjik. Nafsulah yang buta sebanarnya.
Meskipun pasangan sangat buruk, orang yang menjalin hubungan dengan penuh nafsu
menerima tampa keinginan memberbaikinya. Juga akan meninggalkan pasanganya pada
saat keinginanya telah terpuaskan, hanya kerana pasanganya mempunyai secuit
keburukan yang sangat mungkin untuk diperbaiki.
Cinta memperhatikan kelanjutan hubungan. Orang yang benar-benar mencintai
memperhatikan perkembangan hubungan dengan kekasih. Dia menghindari segala hal
yang mungkin merosakan hubunganya dengan kekasihnya. Seboleh yang mungkin dia
melakukan tindakan yang boleh memperkuat, mempertahankan dan memajukan
hubunganya. Orang yang sedang tergila-gila' mungkin sahaja berusaha keras
menyenangkan kekasihnya. Namun usaha itu semata-mata dilakukan agar kekasihnya
menerimanya, sehinga tercapailah kepuasan yang dicari.
Orang yang mencintai
menyenangkan pasanganya untuk memperkuat hubungan. Cinta berani melakukan hal
yang menyakitkan. Selain berusaha menyenangkan kekasihnya, orang yang
sungguh-sungguh mencintai juga memiliki perhatian, keprihatinan, pengertian dan
keberanian untuk melakukan hal yang tidak disukai kekasihnya demi kebaikan.
Seperti seorang ibu yang berkata, tidak semasa anaknya meminta aiskrim. Padahal
sebenarnya dia sedang selsema. Begitulah kita semua seharusnya bersikap pada
pasangan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar