CINTA adalah sesuatu perbuatan yang membawa reaksi penumpuan terhadap sesuatu
yang kita cintai, penumpuan yang melibatkan kasih sayang. Cuma apa yang boleh
membuat kita dapat membezakan kasih sayang dengan cinta adalah cara kita
menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Biasanya sayang boleh di tujukan pada
kesemua objek yang ada didunia ini sama ada hidup atau tidak hidup. Sebagai
contoh, menyayangi seekor kucing sebagai tanda menyayangi binatang, menjaga
pokok-pokok bunga sebagai tanda sayang pada alam semulajadi.
Cinta pula agak dalam ertinya. Kasih sayang boleh wujud tanpa cinta tetapi
cinta mesti wujud bersama kasih sayang. Cinta lebih ditujukan kepada manusia
lebih-lebih lagi pada zaman generasi muda terkini. Biasanya perkataan cinta
merujuk kepada sesuatu yang disayangi lebih dari diri sediri. Sebagai contoh
mencintai seorang kekasih. Jika kita sanggup bersusah payah demi seseorang tanpa
mengira risiko yang tinggi atau mementingkan dirinya lebih dari kepentingan diri
sendiri maka ia boleh dikatakan layak digelar sebagai cinta.
Cinta ada banyak jenis, bagi umat Islam cinta yang pertama lebih dari
segala-galanya adalah cinta kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa kerana Allah yang
mewujudkan cinta dan mencipta manusia. Cinta kedua adalah kepada Rasul yang
memperjuangkan agama Islam. Cinta ketiga mengikut Islam adalah cinta kepada
ibu-bapa kerana merekalah yang telah bersusah payah memberikan segala kebaikan
yang mungkin kepada anak-anaknya. Dan cinta yang terakhir adalah kepada kekasih
yang rata-rata biasanya bukan muhrim atau bukan dari keluarga atau hubungan
persaudaraan yang jauh.
Tetapi semakin hari apabila zaman berubah dari masa ke semasa makna cinta
turut berubah. Cinta lebih diungkapkan hanya kepada kekasih. Cinta kepada
kekasih adalah merupakan isu yang paling utama berbanding cinta kepada selain
dari kekasih. Ini kerana cinta kepada seorang kekasih biasanya wujud
bersama-sama dua keadaan gembira yang mendalam dan kesedihan yang melampau.
Biasanya tujuan kita mencintai kekasih adalah supaya kita dicintai olehnya.
Cinta kepada kekasih adalah merupakan satu ikatan yang boleh terputus bila-bila
masa jika tidak dijaga dengan betul. Tidak seperti cinta ibu dan bapa walaupun
kita tidak menjaga cinta kita terhadap mereka , mereka tetap tidak akan terputus
hubungan dengan kita kerana darah mereka sentiasa mengalir di dalam tubuh kita.
Oleh itu saya lebih suka menfokuskan cinta kepada seorang kekasih yang mana ia
telah banyak membawa berbagai kontroversi pada masa kini.
Biasanya mencintai seseorang hanya boleh berlaku jika kita pernah melihat
orang tersebut. Mungkin kerana sifat fizikalnya yang menarik atau telatahnya
yang boleh mencuit hati dan memberikan kenangan manis kepada kita. Apalagi jika
sudah selalu bertemu dan seperti biasa di setiap pertemuan juga memberikan
kenangan manis kepada kita.
Apakah yang dimaksudkan menyenangkan hati. Sesetengah individu lebih senang
dan gembira jika pasangan kekasihnya memiliki kebolehan yang sukar ditandingi
oleh orang lain secara tidak langsung menaikkan harga dirinya. Tetapi tidak
semua orang bersikap demikian. Ada juga individu yang lebih gemar kepada
kalangan individu yang sederhana, mungkin kerana menganggap bahawa ia lebih
selamat dan tidak perlu rasa risau ataupun mungkin juga niat tersebut datang
dari sikap semulajadinya yang mengasihani, tidak pentingkan kebendaan dan
sebagainya.
Tidak semua individu yang semata-mata mengikuti nafsu mereka dalam memilih
kekasih. Nafsu tetap wujud, cinta tidak boleh wujud tanpa kehadiran nafsu.
Adakah anda tahu apa itu nafsu? Nafsu boleh digambarkan sebagai sesuatu yang
memberi galakan dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh nafsu makan,
nafsu untuk belajar, nafsu berbelanja dan sebagainya. Nafsu memberikan kita
penumpuan terhadap apa yang kita lakukan. Oleh itu tidak hairan jika saya
berkata bahawa nafsu wujud dalam hampir apa sahaja aktiviti yang kita lakukan.
Cuma apa yang penting hanyalah berhati-hati apabila kita mengikuti nafsu kita.
Nafsu boleh memihak kearah yang membawa kebaikan dan juga tidak terkecuali juga
memihak kearah yang membawa kerosakan. Dan nafsu yang paling kuat sekali secara
majoritinya di dunia ini ialah nafsu terhadap pasangan kekasih.
Selalunya perasaan mengambil berat adalah banyak berlaku diantara sepasang
kekasih. Apa yang menarik mereka walaupun tiada ikatan keluarga tetapi mereka
ini sudah saling bantu membantu, malah ada juga berkongsi rahsia walaupun
sebelum ini rahsia tersebut tidak pernah diceritakan kepada mana-mana individu
lain termasuklah keluarga, Apa yang telah mendorong situasi ini daripada
berlaku. Situasi ini berlaku adalah kerana pasangan kekasih ini seolah-olah
sudah menganggap diri diantara mereka sebagai sepasang atau pasti akan menjadi
suami isteri suatu hari nanti.
Kita juga pernah mendengar ramai menyebut cinta palsu. Cinta palsu tidak
wujud, tetapi cinta palsu yang dimaksudkan ialah tidak menyintai. Sebagai contoh
jika seseorang kekasih menyukai anda kerana anda memiliki kemewahan dan bukan
kerana sikap anda maka itulah yang sering dikatakan sebagai cinta palsu. Tetapi
itu tidaklah menjadi soal sebab hati boleh berubah dan memang memilih itu perlu
terutama perempuan kerana mereka akan menyerahkan diri mereka secara tidak
langsung diri mereka akan terjejas dan tak salah jika ia memilih kebendaan untuk
masa depannya asalkan ia tidak menggunakannya kearah yang salah atau mula
menyombong diri.
Cinta tidak semestinya wujud pada masa itu juga. Sudah banyak individu yang
bercinta selepas berkahwin terutama bagi pasangan yang dikendalikan oleh
kehendak keluarga. Biasanya cinta yang paling seronok adalah apabila pasangan
kita mengetahui keadaan kita yang sebenar dan menerima kita seadanya tanpa
mengurangkan suasana kegembiraan sama seperti ketika dia belum mengetahui
walaupun diri kita ini susah (biasa kalau kita senang semua orang suka). Cinta
inilah yang boleh dikatakan benar-benar cinta.
Beza cara lelaki atau perempuan menyatakan cinta kepada pasangan yang
diidamkannya agak berlainan. Lelaki memang ditakdirkan untuk memulakan episod
cinta dan perempuan adalah jarang sekali memulakannya. Ini boleh dikatakan soal
maruah dan ia telah menjadi adat turun temurun kultur negara-negara di Asia
tentunya. Lelaki tidak boleh bersikap hanya menunggu untuk dipelawa kerana ini
adalah sikap perempuan yang telahpun menjadi trademark mereka. Lelaki yang ingin
menyatakan cintanya pada seseorang perempuan mestilah menyatakan secara tersurat
lebih kurang pengakuan. Masalah disini ialah adakah perempuan itu suka atau
tidak. Anda boleh tahu jika anda (lelaki) meneliti dengan betul. Jika perempuan
tersebut menyukai seseorang lelaki biasanya dia mudah memberikan senyuman dan
mudah memberikan perhatian kepada anda atau mengambil berat tetapi tidak
menyatakan cintanya secara terang-terang melainkan secara tersurat.
Perempuan suka diekori dan pura-pura menjauhkan diri. Tetapi jika benar
perempuan itu tidak suka, biasanya dia akan membuat reaksi seperti tidak layan
atau bercakap dengan serius ataupun menceritakan jenis orang yang diminatinya
untuk kita dengar dimana kebetulan tiada dalam diri kita. Tetapi itu bukan
masalah, hati perempuan senang berubah jika anda menunjukkan hati murni anda dan
sering berusaha menyatakan cinta anda padanya selalu. Pepatah si bijak pandai
mengatakan, "hati wanita sekeras kerak nasi, bila di sirami air, maka ia pasti
lembut juga".
Perempuan sukakan lelaki yang tidak berputus asa. Lelaki juga perlu ada
egonya terhadap perempuan. Kalau anda terkena dengan perempuan yang jual mahal
dan anda telah cuba banyak kali hingga pada satu tahap anda perlu berhenti dan
memberi perhatian pada perempuan lain dengan hati yang seolah-olah tidak kecewa.
Biasanya kalau anda sudah kerap, dengan tiba-tiba anda beralih pada yang lain,
kemungkinan perempuan tersebut akan tertanya-tanya dan mungkin akan lahir rasa
cemburu dan akhirnya menyesal. Jangan biarkan anda (lelaki) dianggap sebagai
tiada tempat lain lagi selain dirinya. Jika tidak anda seolah-olah kurang
bermaruah dan mungkin tidak dipentingkan olehnya.
Satu lagi perempuan sering takut jika dirinya disia-siakan oleh itu dalam
zaman serba bijak kini perempuan lebih matang dan sering menguji sejauh manakah
cinta seseorang lelaki. Biasanya perempuan jenis ini tidak mementingkan
kebendaan tetapi kesetiaan. Kadang-kadang terdapat perempuan yang agak sensitif
dan berpura-pura jual mahal dengan harapan lelaki tersebut akan memujuknya dan
secara tidak langsung menghargai dirinya. Perempuan seperti ini biasanya adalah
perempuan yang mementingkan maruah dan harga diri. Jadi jika anda adalah seorang
lelaki maka sedarlah jika anda inginkannya anda seharusnya tidak ada sifat malu
untuk menegurnya dan sepatutnya tidak harus mudah putus asa dan kadang-kadang
anda terpaksa mengambil masa yang lama untuk memikat orang seperti itu. Apa yang
perempuan mahukan ialah tumpuan hanya kepadanya dari seorang lelaki yang saling
tidak putus asa untuk menyatakan dalamnya cinta kepada dirinya. Sebab itulah
lelaki yang peramah atau mudah bergaul dengan perempuan mudah mendapat tempat.
Bagi lelaki mereka lebih sukakan perempuan yang tidak terlampau cemburu, dan
kadang-kadang lagi perempuan tersebut jual mahal, lelaki akan lebih
menyayanginya. Sebabnya ialah kerana terlalu memikirkan kenapa perempuan
tersebut jual mahal sehinggakan nama perempuan itu sentiasa dalam ingatan. Itu
pepatah yang mengatakan, "tak kenal maka tak cinta". Tapi adakalanya lelaki juga
boleh kehilangan keyakinan dan seterusnya diam dan malu untuk mencuba lagi.
Biasanya lelaki ini adalah lelaki yang sensitif. Lelaki yang sensitif biasanya
setia dan takut kehilangan orang yang disayangi. Jadi bagi perempuan
pandai-pandailah kawal cara anda jika benar anda juga ada menyimpan perasaan
padanya.
Kesimpulan, cinta itu misteri dan sukar untuk ditentukan sehinggalah pasangan
itu saling menyatakan dan biasanya dimulakan oleh lelaki. Dan ini bergantung
kepada hati dan kekosongan atau citarasa diantara individu itu sendiri.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar