Manusia sememangnya makhluk yang rumit. Suka menjadi aneh dengan sendirinya.
Hal-hal yang ingin kita katakan atau harus kita bilang, justeru atau malah tidak
pernah kita ungkap. Lebih parah lagi, kita sudah terbiasa menggunakan
simbol-simbol atau kata-kata lain untuk menunjukan erti sebenarnya.
Walhasil kerana kerapnya maksud kita itu, ia menjadi tidak ter-komunikasi-kan
dan membuat orang lain merasa tidak nyaman, tidak sayang, tidak dihargai. Kenapa
tidak? Ada masa-masa kita merasa tidak nyaman mengekspresikan cinta yang kita
rasa.
Kerana takut mempermalukan orang lain atau diri kita sendiri. Kita ragu untuk
mengatakan I Love You . Oleh itu, kita menyampaikan perasaan itu melalui
kata-kata yang lain seperti, jaga diri baik-baik, belajar rajin-rajin, hati-hati
dijalan raya, jangan pandu laju-laju, jangan lupa makan. Tapi itu sebenarnya
adalah opsi-opsi atau makna-makna lain dari perkataan yang sesungguhnya adalah,
saya sayang awak, saya sangat peduli pada awak, awak sangat bererti untuk saya,
saya tidak mahu awak terluka.
Jadi, tidak ada salahnya kita mencuba MENDENGARKAN CINTA melalui
kalimat-kalimat yang dikatakan orang lain terhadap kita. Ungkapan yang
tersembunyi itu penting, tapi bagaimana kita mengungkapkannya boleh menjadi jauh
lebih penting. Setiap pelukan bermakna cinta meskipun kata-lata yang keluar
sangat berbeza. Setiap perhatian yang diberikan orang lain terhadap kita
menyimpan rasa cinta walaupun bentuknya sangat kaku, ataupun mungkin sedikit
kasar. Yang pasti, kita harus mencari dan mendengar cinta yang ada disebaliknya.
Seorang ibu akan meleteri anaknya kerana keputusan peperiksaan yang menurun
atau bilik tidurnya tidak kemas atau seperti kapal pecah. Si anak mungkin hanya
mendengar leteran ibunya. Tapi kalau dia benar-benar MENDENGARKAN, dia akan
mendapatkan cinta disana. Kepedulian dan cinta ibunya muncul dalam bentuk
leteran. Tapi bagaimanapun juga, itu sebenarnya adalah cinta.
Seorang gadis pulang hingga larut malam, dan akhirnya dapat kuliah secara
percuma dari ayah atau abangnya. Gadis itu hanya menanggapi bahawa dia sedang
dimarahi oleh ayah atau abangnya. Tapi kalau dia cuba untuk MENDENGARKAN CINTA,
dia akan menemukanya. awak ni dah kenapa?, ayah sangat bimbang dan khuwatir pada
awak, kata ayahnya. Tapi sedarkah kita semua bahawa itu sama sahaja sang ayah
mempunyai maksud dalam perkataannya seperti, Ayah sangat ambil tahu terhadap
kamu, kamu sangat bererti untuk ayah. Tapi sayang sekali itu tidak dapat
disampaikan secara lisan.
Kita sebenarnya mengungkapkan cinta dengan banyak cara seperti, melalui
hadiah hari jadi, mesej-mesej kecil, dengan senyuman, dengan air mata. Cinta
tidak hanya ada dalam kata-kata, tetapi juga dalam diam. Dan sering kali kita
menunjukan cinta dengan memaafkan orang yang tidak mahu mendengar cinta yang
telah kita sampaikan.
Masalah dalam hal untuk mendengarkan cinta itu adalah, kesulitan dan
keterbatasan kita untuk mengerti bahasa cinta yang digunakan orang lain. Yang
kerap terjadi, kita jarang mendengarkan orang lain. Kita mengdengar kata-kata,
tetapi kita tidak mempertimbangkan ekspresi atau tindakan-tindakan yang
mengiringi kata-kata itu. Sering juga kita cuma boleh mendengar hal-hal yang
negatif, penolakan, kesalahfahaman dan mengabaikan cinta yang menjadi maksudnya.
Cuba dengarkan cinta-cinta yang ada disekeliling kita. Jika kita benar-benar
berusaha mendengarkanya, kita mesti akan menemui bahawa kita sebenarnya memang
dicintai. Mendengarkan cinta boleh membuat kita sedar bahawa dunia ini adalah
tempat yang begitu indah.
"Cinta adalah anugerah. Membuat kita ketawa, membuat kita bernyanyi, membuat
kita sedih, membuat kita menangis, membuat kita bertanya kenapa?', membuat kita
menerima, membuat kita memberi. Dan yang paling penting, Membuat kita merasa
hidup".
Bukanlah kehadiran atau ketidakhadiran yang penting. Kita tidak perlu merasa
kesepian meskipun kita sedang sendiri. Sendiri itu perlu juga, tapi jangan
sampai membuat kita merasa kesepian. Yang menjadi masalahnya sekarang adalah,
bukan berada bersama seseorang, tetapi berada untuk seseorang.
Jangan pernah ragu-ragu untuk menyatakan cinta. Jujurlah dengan apa yang kita
rasa dan katakan. Tidak akan ada ruginya untuk mengekspresikan diri. Ambil
kesempatan untuk mengungkapkan pada seseorang betapa pentingnya dia untuk kita.
Lakukanlah, buat perubahan dan hindari penyesalan.
Satu lagi, tetaplah dekat dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kerana mereka
sudah berjasa membangunkan diri kita dengan cinta sehingga sekarang. Cinta
memang ada untuk ditebarkan. Dan saat cinta yang kita berikan diterima, atau
dibalas, itulah saat yang paling indah dan hidup akan menjadi lebih hidup dan
penuh bermakna.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar